
Adakah aku kejam menghukummu atas kesalahan yang tidak dilakukanmu...aku tahu salah satu sebab kau pergi adalah kerana kau ingin melarikan diri dari situasi ini...namun aku tak terdaya untuk menerima penjelasanmu...kau tahu aku tak mungkin akan membuang kau dari hidupku, tapi hatiku berkecamuk, jiwaku parah ...kepercayaanku berkecai...kau katakan kau tak mahu terlibat dalam pertelingkahan ini tetapi kenapa kau masuk campur dalam hal STRIDE...kenapa kau cuba menyelesaikan masalah yang kau sendiri tidak tahu dimana ianya bermula. Sesungguhnya tindakanmu itu yang mengecewakanku...bukannya kerana kau bercuti bersamanya...
Kuharap kau faham kenapa aku menjadi begini...bukannya aku tak sayang atau aku ingin membuang kau dari hidupku..namun pertelingkahan ini bukan aku yang memulakan tapi aku yang dihentam...aku yang menjadi mangsa...aku yang tersepit...mungkin TUHAN ingin mengujiku..namun aku tak terdaya lagi menjadi mangsa keadaan dan menjadi mangsa perang dingin ini...
Aku telah cuba kuatkan semangatku menghadapi perjuangan ini kerana aku tahu kau sentiasa disisiku namun tindakanmu membuat aku keliru dimana letaknya nilai persahabatan ini. ..aku kecewa..teramat sangat....namun aku gagahi untuk terus berjuang kerana aku harus pertahankan maruahku...aku harus pertahankan diriku dari terus dipijak dan dihina sebegini....